nuffnang ads

Monday, February 10, 2014

Tips Mudah Diet Malaysia

Assalamualaikum. Hai korang!
Ciksya nak share pasal tips mudah diet di Malaysia.
Tips ni by Kevin Zahri. 
So, kepada semua orang. Tak kira la gemuk ke kurus, jom kita ikuti tips diet beliau. Wait wait! kurus pun kena ikut ke diet ni semua? Oh yes dear! kurus bukan bermakna sihat. Sebab ramai orang kurus mempunyai tahap kalori yang tinggi. So, lets together change our eating livestyle. Good luck to all of you and me! yeay!
Bismillahirrahmanirrahim. :D


Kredit foto : FB Kevin Zahri

Paprik Ayam


Bahan-bahan ( untuk 4 orang )


1/4 ekor ayam - potong kecil
4 ulas bawang merah - ditumbuk/kisar
2 ulas bawang putih - ditumbuk/kisar
1 labu bawang besar - dimayang (tau ke apa tu mayang? alaa kalau x tau, potong je nipis2. macam bentuk bulat. x kesah pun. hehe)
2 batang serai -  dititik (tau ke apa dititik tu? haha Ciksya pun x pasti, Ciksya ketuk je! opss haha!)
2-4 helai daun limau purut
2 biji tomato - potong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
bung kubis, kacang buncis, carrot & jagung muda -  x nak letak pun takpe. jangan membazir kalau x makan sayur! hihih
sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap secukup rasa korang

Cara-cara


1. Tumbuk/kisar bahan-bahan yang kena kisar tu.
2. Panaskan kuali, gorengkan ayam sampai agak-agak masak. jangan terlalu garing.
3. Toskan ayam. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili. Kacau sekejap hingga naik bau. Kemudian masukkan serai dan daun limau purut.
4. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan sedikit air. 
5. Masukkan sayur-sayuran. Kemudian masukkan ayam. Biarkan mendidih hingga sayur masak. Masukkan garam secukup rasa.
6. Bila dah mendidih dan sayur hampir masak, masukkan bawang besar dan buah tomato.




Selamat mencuba! 

Thursday, January 30, 2014

Bawang Kopek Tahan Lama

Untuk memudahkan kerja memasak, bawang boleh dikopek awal tetapi jangan dibasuh. Simpan dalam bekas plastik dan masuk peti sejuk.


Wednesday, January 29, 2014

Memudahkan Telur Dikopek

Telur hendaklah cukup direbus iaitu sekurang-kurangnya 30minit. Kemudian rendamkan dalam air paip sehingga sejuk. Kopeklah seperti biasa.



Tuesday, January 28, 2014

Kacang Cepat Empuk/Kembang

Untuk merebus kacang hijau atau kacang dal memakan masa. Rendam kacang itu dengan air selama 3 jam sebelum direbus.Ia akan cepat kembang.

Buah-buahan Bebas Bakteria

Assalamualaikum. Hai semua! hee. Makan apa hari ni? Haa.. CikSya ada jumpa satu tips pasal buah-buahan. Yela kadang-kadang ada orang tidak tahu yang buah-buahan ni ada bakteria dan bahan kimia kalau kita tak basuh dengan cara yang betul sebelum makan. Kalau makan yang tak basuh langsung, lagi la teruk kan. Haha. Takpe yang tak tahu, Ciksya bagitahu ni. Ngee. 


So, untuk menghilangkan kesan bahan kimia pada kulit buah-buahan seperti epal atau pir atau oren atau lain-lain la. Basuh buah itu dengan air garam dan bilas dengan air biasa. Rendam dalam air garam dalam 5-10 minit. Lepas tu bilas macam biasa dan boleh dimakan dengan sedapnya! Heheh.


Selamat mencuba! 

gambar kredit google

Monday, January 27, 2014

Pisau Tidak Berkarat

Assalamualaikum.

Perasan tak kadang-kadang pisau yang kita dah lama tak guna berkarat? Haa CikSya ada la simpan beberapa pisau dalam laci kabinet dapur kan. Bila keluarkan nak guna, tengok-tengok berkarat dah. Adoi. terus hilang mood nak masak. Haha! So, CikSya pun google lah cari tips supaya pisau yang kita simpan ni tak berkarat. So, tips yg jumpa kat google ialah seperti di bawah. Ngee.


Setelah menggunakan pisau, basuh dengan air bersih dan lapkan kering.Kemudian barulah disimpan.

kredit gambar www.ohtidak.com



Selamat mencuba!