nuffnang ads

Thursday, January 30, 2014

Bawang Kopek Tahan Lama

Untuk memudahkan kerja memasak, bawang boleh dikopek awal tetapi jangan dibasuh. Simpan dalam bekas plastik dan masuk peti sejuk.


Wednesday, January 29, 2014

Memudahkan Telur Dikopek

Telur hendaklah cukup direbus iaitu sekurang-kurangnya 30minit. Kemudian rendamkan dalam air paip sehingga sejuk. Kopeklah seperti biasa.



Tuesday, January 28, 2014

Kacang Cepat Empuk/Kembang

Untuk merebus kacang hijau atau kacang dal memakan masa. Rendam kacang itu dengan air selama 3 jam sebelum direbus.Ia akan cepat kembang.

Buah-buahan Bebas Bakteria

Assalamualaikum. Hai semua! hee. Makan apa hari ni? Haa.. CikSya ada jumpa satu tips pasal buah-buahan. Yela kadang-kadang ada orang tidak tahu yang buah-buahan ni ada bakteria dan bahan kimia kalau kita tak basuh dengan cara yang betul sebelum makan. Kalau makan yang tak basuh langsung, lagi la teruk kan. Haha. Takpe yang tak tahu, Ciksya bagitahu ni. Ngee. 


So, untuk menghilangkan kesan bahan kimia pada kulit buah-buahan seperti epal atau pir atau oren atau lain-lain la. Basuh buah itu dengan air garam dan bilas dengan air biasa. Rendam dalam air garam dalam 5-10 minit. Lepas tu bilas macam biasa dan boleh dimakan dengan sedapnya! Heheh.


Selamat mencuba! 

gambar kredit google

Monday, January 27, 2014

Pisau Tidak Berkarat

Assalamualaikum.

Perasan tak kadang-kadang pisau yang kita dah lama tak guna berkarat? Haa CikSya ada la simpan beberapa pisau dalam laci kabinet dapur kan. Bila keluarkan nak guna, tengok-tengok berkarat dah. Adoi. terus hilang mood nak masak. Haha! So, CikSya pun google lah cari tips supaya pisau yang kita simpan ni tak berkarat. So, tips yg jumpa kat google ialah seperti di bawah. Ngee.


Setelah menggunakan pisau, basuh dengan air bersih dan lapkan kering.Kemudian barulah disimpan.

kredit gambar www.ohtidak.com



Selamat mencuba!

Beras Tidak Rosak


Bagi mengelakkan beras berbau hapak dan rosak, masukkan segenggam atau secukupnya cili kering yang sudah dipanaskan di dalam kuali tanpa minyak ke dalam bekas simpanan beras. Tutup rapat.
                                                     
kredit gambar google
                                               

Ayam Goreng Lebih Rangup

Assalamualaikum.. 

Makan apa ek tengah hari ni? Ayam goreng macam sedap jugak kan. Emm yummy! Okay ni CikSya ada tau satu tips tentang nak rangupkan ayam goreng. Mesti best giler kan makan ayam goreng yang crunchy habis! Hihihi. So, tips nya adalah seperti di bawah. Check out guys! Tehee



Agar ayam goreng yang digoreng lebih rangup,
 gaulkan ayam dgn garam dan kunyit. 

Kemudian salutkan sedikit tepung sagu pada ayam tersebut. 
Kemudian goreng ayam seperti biasa. 
Cara ini juga menjadikan ayam goreng lebih enak.

gambar : google

Selamat mencuba. 

ROTI BAKAR DAGING

Assalamualaikum. Sempena kenduri perpisahan, rasa macan nak masak Roti Daging Bakar. Resepi ni CikSya google and jumpa la kat blog Kak Haniasmahani. Kredit kepada Kak Hani ( http://haniasmahani.com/resepi-roti-berlapis-daging-cheese/). So, lets check out the recipe! Harap menjadilah. Hee.

Bahan-Bahan
1 labu bawang besar
4 biji bawang putih
1 pack kecil daging kisar (me guna sebungkus daging burger cap ramli)
Minyak utk menumis
1 sudu Serbuk kari/black paper
10 keping roti putih
Sedikit mentega (utk sapuan pada Loyang)
3 biji telur sederhana
200ml susu segar
6-12 keping cheese cedar (ikut suka)
Cara-caranya
Untuk inti daging
Panaskan minyak, tumis bwg putih & bwg besar dan daging sehingga daging empuk (daging ku guna daging burger cap ramli)
Kemudian masuk kan serbuk kari/black paper kemudian masuk kan air sedikit (agak2) masak sehingga kering.
Selesai tutup api dan angkat
Untuk Roti lapis
Sapukan keseluruh bekas/Loyang dgn mentega/butter
Bancuh kan 3 biji telur & Susu segar sehingga sebati
Celup kan roti kedalam bancuhan telur & susu tadi dan susun kedalam bekas/Loyang. Buat sehingga penuh di lapisan pertama.
Tuang kan separuh inti di atas roti tadi & ratakan.
Kemudian susun kan slice cheese keatas daging itu.
Tutup lapisan cheese dgn lapisan roti yang di celup susu& telur sekali lagi. Ulang langkah di atas.
Last sekali tabor kan lebihan cheese. Jika camouran susu & telur ada lagi tuang kan ke dalam Loyang. Jangan membazirr. Membazir itu kawan syaitonn 

Bakar di dalam oven suhu 180c lebih kurang 40 minit (sehingga masak) sedap di makan panas-panas.

Gambar dari Kak Hani macam kat bawah ni. So, harap jadi macam kat bawah ni la. Hihi



p/s : Nak buat guna pemanggang ajaib la. Malas nak angkut oven. Hihhok